click below this and i'll love you more

03 March 2012

BEN ASHAARI TANYA AKU, KALAULAH AKU DAPAT ULTRABOOK TU...



SALAM….

Ok entri kali ni pon khas untuk blog ben ashaari…. 
Dia Tanya aku kalaulah aku dapat ULTRABOOK yg dia selalu promote tu…. Aku jawab aku bahagia sangat.. tak payah lah aku usung laptop aku sekarang ni yg berat macam aku usung beras….. dari penang nak balik s,pore nasib baik jarang-jarang kalau tiap bulan mau aku pendek balik macam budak darjah 6…. ULTRABOOK tu kan keTIPISan dia mcm OMG gitu… function tak pernah try test lagi so x nak comment..  pasal CD DRIVE tu bagi aku, aku perlu jugak sebab segala benda aku buat guna laptop tapi dah bersyukur lah kalau dapat laptop sebegitu TIPIS..kalau aku dapat nnt aku carik alternetif lain!!!





aku pakai laptop ape ekh???????


















amacam laptop aku!!!!

02 March 2012

friday entry...


SALAM JUMAAT…..

Hari yang indah sepatutnya di isi dengan kata-kata indah dan kelakuan molek ye. kawan-kawan.....

OK.. kerana hari ini hari jumaat kita isi lah hari kita dengan entri-entri yg boleh menjadi santapan rohani kite ye.. tibi pon hari jumaat x siarkan cerita BELLA CALAMIDADES kafir tu... tibi ganti dengan AL-KULLIYAH(walau hakikat sebenar kehidupan seorang saya, saya tak layan AL-KULLIYAH tu)-_-^ peace!


SUSAH X NAK MENJADI SEORANG WANITA/PEREMPUAN??
SUSAHKAN!!! 
Nak menutup aurat dari hujung rambut sampai hujung kaki... Nak menjaga maruah seorang wanita lagi... dan banyak lagi kesusahan yg perlu di lalui dgn menjadi seorang wanita di bandingkan lelaki.
sebab itu mak-mak kita keluarkan statement yg agak zalim. begini bunyinye*lebih senang jaga kambing sekandang dari menjaga anak dara seorang* huu! Zalimkan!! Di samakan nya anak dara dengan kambing… sungguh sadis… tang mana yg sama tu?? Mungkin tang malas mandi kot. Kerana saya serupa kambing gurun di waktu muda!!

ITU BELUM LAGI BERATNYA MENJADI SEORANG ISTERI…ZAMAN CANGGIH SEKARANG BILAMANA SUAMI DAN ISTERI DI SAMA TARAFKAN.. DAH TAK TERLIHAT SYURGA DI BAWAH KAKI SUAMI….

jujur saya mengaku waktu kecil saya bilamana umi saya mengenakan banyak pantang larang terhadap kami anak perempuannya saya terfikir bagusnya kalau saya lelaki.... waktu tu akal masih secetek kolam swimming pool untuk kanak-kanak... EH!!(perumpamaan yg sungguh sadis) permainan waktu kecil saya adalah permainan lelaki... SAYA lebih gemar mengayuh basikal berkilo-kilo-kilo km/jm dibandingkan main masak masak... SAYA meminta hadiah kapal terbang control berbanding patung barbie, SAYA mengumpul duit untuk membeli PSP agar boleh bermain kereta drift dari membeli henpon untuk berSMS dgn kawan lelaki.. itu semua SAYA..... hingga kawan2 lelaki memanggil saya GANGSTE dan kanak-kanak mengejek saya kakak tiri kerana keganasan dan kebrutalan saya. tapi saya sedar hakikat saya akan kekal menjadi perempuan hingga akhir hayat bilamana setiap kali saya memasak orang akan memuji masakan saya sangatlah sedaapppppp...........*ye! ibu-ibu sudah boleh mula hntr rombongan meminang saya* dan semakin saya besar semakin terserlah kecomelan saya *ok disini anda sudah boleh berlari ke tandas untuk memuntahkan segala isi perut*  ok ini dusta semata!

TAPI YANG SEBENARNYA UNTUK SEORANG PEREMPUAN MASUK SYURGA SYARAT NYA  MUDAH TAPI SUSAH UNTUK DI LAKSANA…

SEBAB ITU BILA RASULLAH S.A.W ISRA’ MIKRAJ DAN MELIHAT KE NERAKA DUA PERTIGA PENGHUNINYA ADALAH PEREMPUAN… KENYATAAN YE!!! Dan saya berdoa agar saya tidak menjadi salah seorang daripadanya..

apa syaratnya...?????? 


sila rajinkan jejari runcing mahupun ketot anda mencari ye.... di mana-mana secara online mahupun kedai buku fofular.... kalau anda ada masa yg awesome smpai boleh blogwalking apa salahnya menkidnap sedikit dari awesome itu utk sesuatu yg lebih OMG kan....

sekian. salam kasih jumaat....

ps; ini entri menggunakan ayat kamus dewan dan pustaka. saya pun x tahu kenapa!! 
ps lagi; entri ini khas untuk kaum wanita..