Salam ukhwah.... and Hi...
hari ini 3 feb bersamaan dengan 10 rabiul awal jadi bermaksud lagi dua hari kita akan menyambut maulidur rasul lah kan.. rasa-rasa nya lah apa pengertian maulidur rasul bagi kita haa.??
# hari kelahiran rasul kita
# satu lagi cuti umum malaysia
# maulidur rasul tu maulidur rasul lah....!!!!!
saya tak tahu bagaimana pengertian maulidur rasul bagi setiap individu. tapi saya di ajar untuk merindui rasul sebagaimana saya harus mencintai allah. tapi sehingga kini kerinduan itu belum hadir dalam hati. bagaimana untuk merindui seseorang yang tidak pernah kita jumpa dan lihat... ini bukan cinta internet, bukan juga rindu cinta sepasang kekasih atau kerinduan seorang anak kepada ibunya yang berada jauh di mata...
rindu ini rindu ajaib, rindu ini rindu anugerah dari tuhan. lantas bagaimana kerinduan kepada kekasih ALLAH ini ingin di hadirkan di hati bukan di mulut.. bagaimana untuk membayangkan wajahnya jika ingin merinduinya tanpa melihat nya.. dan bagaimana pula dengan pengetahuan tentang rasul akhir zaman ini.. sangat lah terhadnya.. cukupkah hanya dengan mengetahui dia kekasih tuhan yang paling agung... ciptaan tuhan yang paling sempurna... akhlaknya sangat lah luar biasa... namanya di letakkan bersebelahan nama tuhannya menandakan tuhan sangat mencintai nya kerna cintanya pada tuhan nya...cukup kah hanya sekadar tahu sesedikit maklumat itu untuk mencintai dan merindui rasul ... bagaimana kalau kita telah jatuh cinta pandang pertama (ataupun pandangan keseratus sekalipun) kita sebolehnya ingin tahu segala tentang orang yang kita cintai agar hati kita boleh saling berhubung dan mencari keserasian agar kita tahu dia yang terbaik untuk kita. kita sanggup berbuat apa sahaja untuk orang yang kita cintai sama ada perasaan itu umpama biji benih ataupun ianya telah menjadi pokok yang berbuah. bukan?
ya... bagaimana pula untuk kita mencintai dan merindui rasul? dan bagaimana pula dengan relevan nya untuk kita mencari cinta dan rindu rasul dalam dunia yang serba laju ini... kita akan ketinggalan kalau kita mencari rindu dan cinta seorang yang telah wafat 1500 tahun lamanya.. sudah tidak releven itu semua kah? cukup dengan hanya ilmu yang kita tahu mengenai rasul dan berselawat ke atasnya setiap hari menandakan kita kenal dan rindu dengan penghulu segala zaman ini?
saya tidak berani menjawab pertanyaan ini... TAPI ini ilmu yang saya dapat...... yang saya ingin kongsikan..
rasul itu dia manusia yang paling sempurna di kalangan makhluk ciptaan tuhannya... ok tahu!! takpe..
rindu untuk rasul ini tidak akan boleh sama dengan rindu kita kepada manusia lainnya kerana rindu untuk rasul ini perlu dari hati bukan dari akal yang akan membayangkan wajah lalu menghadirkan rasa rindu itu jika kita tidak berjumpa wajah yang berada di minda kita....hati merasai kerinduan itu lalu akan membawa seluruh anggota mencari rindu itu. hati berperanan untuk menghadirkan rindu itu lalu kerinduan yang lainnya dari akal akan di abaikan oleh kerana rindu yang ini.. kerana nikmat rindu ini sangat lah dasyat nya apabila kita dapat merasai nya... how?? sambung.... ok
rasul ini diciptakan NYA dari NUR... dia satu-satunya yang tuhan ciptakan dari NUR itu. dan kerana nya seluruh alam dan dunia di ciptakan.. NUR ini lah yang diwaktu wafatnya menyebut ummati....ummati... kerana dia tahu bagaimana nanti umat nya akan kehilangan rasul dan tuhan dari hati mereka. bagaimana perasaan seorang ayah jika membiarkan anaknya di luar keseorangan pada waktu malam di dalam gelap pekat dunia... inikan pula seorang rasul yang perlu meninggalkan umatnya tanpa pimpinan untuk sepanjang umur dunia... masakan tuhan sebegitu kejam..
rasul itu relevan sepanjang hayat.. dari nabi adam di ciptakan lagi NUR itu telah berada arasy'. masakan dia wafat meninggalkan umat nya begitu saja tanpa sebarang pimpinan sedangkan yahudi telah bersumpah akan merosakkan umat islam hingga pengakhir dunia kerana dendamnya pada tuhan.. seperti nafsu yang juga telah bersumpah akan merosakkan setiap anak adam sehinnga ajal menjemput untuk sama-sama menemaninya di neraka kelak...kerana sangat sombongnya dia dengan tuhan nya....tidak mengaku itu tuhan lantas di rendam di dalam api neraka untuk tiga ribu tahun lamanya.. tidak..rasul itu sangat mencintai umat nya lantas dia tidak akan membiarkan umat nya bagaikan anak ayam kehilangan ibu...
mencari rasul bukan dengan google mahupun wikipedia.. ia perlu dari hati berserta roh yang suci.....
sekian ini bingkisan hati dari saya unutuk kelahiran rasul saya. yang hati ini sangat berharap agar rasul datang untuk mengetuk-ngetuk hati agar lebih mencintai allah dan rasul dari dunia ini.
p/s: hati yang di didik dengan dunia ini sangat lah jahatnya.. sangat pandai menipu daya akal lantas menjadikan roh terpesong dari lafaz ikrar yang di ucapkan sewktu hendak ditiupkan ke jasad.
No comments:
Post a Comment